KHIDMAT RUNDING CARA DAN KONSULTASI UPUONLINE DI UKM SESI AKADEMIK 20232024

Adalah dimaklumkan, Unit Pengambilan Pelajar, Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan Khidmat Runding Cara dan Konsultasi UPUOnline di UKM mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Jun 2023 hingga 16 September 2023
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Aras 6, Pusat Pengurusan Akademik (PPA), UKM

Perkhidmatan ini disediakan bagi memberi bimbingan dan runding cara kepada semua calon pemohon UPUOnline bagi sesi kemasukan akademik 2023/2024.

#UKM #AkademikUKM