LAWATAN PENANDA ARAS DARI USIM

Program: LAWATAN PENANDA ARAS DARI USIM
Tarikh: 31 Januari 2023 (Selasa)
Tempat: Bilik Mesyuarat Al-Shafie, Aras 1, Bahagian Sumber Manusia, Bangunan Pusat Pengurusan Akademik, Lingkungan Kedua

Pusat Pengurusan Akademik UKM telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras dari Pusat Pengurusan Akademik USIM.

Lawatan dari pihak USIM ini diadakan bagi penandaarasan pengurusan, kualiti kerja dan pertukaran amalan terbaik demi faedah kedua-dua pihak lanjutan daripada penggabungan pusat pengurusan akademik. Pusat Pengurusan Akademik UKM telah berkongsi berkenaan pengurusan pusat tanggungjawab merangkumi struktur, carta organisasi, misi, visi, skop dan pentadbiran.

Pusat Pengurusan Akademik UKM juga turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama di masa akan datang berkenaan bidang-bidang berkaitan akademik dan penyelidikan.

Pihak Pusat Pengurusan Akademik UKM berbesar hati menerima kunjungan dari USIM dan diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak.