PELANCARAN APEL@INTAN DAN MAJLIS SILATURRAHIM INTAN 2024

[UNDANGAN KE PERHIMPUNAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (PJPA), PELANCARAN APEL@INTAN DAN MAJLIS SILATURRAHIM INTAN 2024]

Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah mendapat jemputan ke Perhimpunan Jabatan Perkhidmatan Awam (PJPA), Pelancaran APEL@INTAN dan Majlis Silaturrahim INTAN 2024 pada 17 Mei 2024 bertempat di Auditorium INTAN Bukit Kiara, Kampus Utama INTAN Bukit Kiara. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.15 tengahari.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Program ini juga berlangsungnya sesi simbolik pemeteraian MOU antara INTAN dan rakan strategik APEL.Q.

Unit APEL, UKM turut dijemput hadir bagi memenuhi jemputan pembukaan reruai pameran APEL.Q yang disediakan oleh pihak INTAN. Seramai empat (4) orang wakil Unit APEL,UKM telah hadir dalam sesi pameran tersebut iaitu Timbalan Pengarah (Dasar Akademik dan APEL), Penyelaras APEL.Q dan dua (2) orang urusetia Unit APEL UKM.

#UKM #AkademikUKM

IMG-20240517-WA0035
IMG-20240517-WA0040
IMG-20240517-WA0037
IMG-20240517-WA0041
IMG-20240517-WA0042
IMG-20240517-WA0045
IMG-20240517-WA0047
IMG-20240517-WA0022
IMG-20240517-WA0033
IMG-20240517-WA0028
IMG-20240517-WA0035 IMG-20240517-WA0040 IMG-20240517-WA0037 IMG-20240517-WA0041 IMG-20240517-WA0042 IMG-20240517-WA0045 IMG-20240517-WA0047 IMG-20240517-WA0022 IMG-20240517-WA0033 IMG-20240517-WA0028