PENILAIAN AKREDITASI PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING, APEL) BAGI TUJUAN AKSES (APEL.A) BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM PERINGKAT SIJIL (APEL T-3), DIPLOMA (APEL T-4), IJAZAH SARJANA MUDA (APEL T-6) DAN IJAZAH SARJANA (APEL T-7)
[PENILAIAN AKREDITASI PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING, APEL) BAGI TUJUAN AKSES (APEL.A) BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM PERINGKAT SIJIL (APEL T-3), DIPLOMA (APEL T-4), IJAZAH SARJANA MUDA (APEL T-6) DAN IJAZAH SARJANA (APEL T-7)]
Unit APEL, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah menjalani Penilaian Akreditasi Pengakreditan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) bagi tujuan akses (APEL.A) bagi kemasukan ke program peringkat sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4), Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6), dan Ijazah Sarjana (APEL T-7) pada 24 dan 25 Februari 2024 (Rabu dan Khamis).
Sesi lawatan penilaian ini telah dihadiri oleh dua (2) panel auditor iaitu YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Saifullizam bin Puteh dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan YBrs. Dr. Amirul Faiz bin Osman dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta tiga (3) wakil dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu Puan Ainil Nilam Mohd Mohktar, Puan Norazila Aripen dan Encik Muhammad Aiman Farhan Moktar.
#UKM #AkademikUKM