PERTANDINGAN THREE MINUTES THESIS (3MT) PERINGKAT UKM
[PERTANDINGAN THREE MINUTES THESIS (3MT) PERINGKAT UKM]
Pusat pengurusan Akademik UKM telah menganjurkan Pertandingan Three Minutes Thesis (3MT) peringkat UKM pada 25 April 2024 di Dewan Kuliah Utama, Bangunan Tun Fatimah Hashim UKM dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Akademik UKM, Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman.
Pertandingan yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk menguji keupayaan pelajar menerangkan penyelidikan mereka secara efektif dan kepentingannya dalam bahasa yang sesuai untuk penonton di luar bidang dalam masa tiga minit.
Seramai 50 orang pelajar PhD pascasiswazah menyertai pertandingan ini dan 3 orang pemenang telah dipilih melalui 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Sains Sosial dan Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.
Kategori Sains Sosial:
1. Muhammad Imran Bin Razali – Fakulti Undang-undang
2. Engku Huda Mursyidah Binti Engku Hassan Ashari – Institut Islam Hadhari
3. Andi Muhammad Tri Sakti – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi:
1. Salis Sajidah Binti Othman – Fakulti Sains dan Teknologi
2. Nurul Atikah Binti Nordin – Fakulti Sains dan Teknologi
3. Nowilin James Rubinsin – Institut SELFUEL
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya memenangi pertandingan ini. Pemenang tempat pertama dan kedua akan mewakili UKM ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 13 Jun 2024.
#UKM #AkademikUKM