PROGRAM MINGGU EKONOMI DAN KEWANGAN AWAM: “MEMPERKASAKAN EKONOMI, MEREALISASIKAN MADANI”

[PROGRAM MINGGU EKONOMI DAN KEWANGAN AWAM: “MEMPERKASAKAN EKONOMI, MEREALISASIKAN MADANI”]

Unit APEL, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah menerima jemputan ke Program Minggu Ekonomi dan Kewangan Awam: “Memperkasakan Ekonomi, Merealisasikan MADANI yang telah berlangsung pada 30 Julai sehingga 2 Ogos 2024 dan bertempat di Dewan Serba Guna dan Dewan Bankuet, INTAN Bukit Kiara. Program yang berlangsung selama empat (4) hari ini telah melibatkan lebih daripada 1000 orang peserta dari pelbagai Kementerian/ Agensi persekutuan/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri/ Institut Pengajian Tinggi dan lain-lain.

Program berbentuk dialog, persidangan dan INTAN Minister’s Conversation (IMC) ini melibatkan dua (2) orang Menteri Persekutuan dan seorang Menteri Besar, di samping tetamu-tetamu undangan lain seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Senarai menteri yang terlibat mengikut program adalah seperti berikut: YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan Kedua), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dan YAB Dato’ Seri Amirudin bin
Shari (Menteri Besar Selangor).

Unit APEL, (AKADEMIK UKM) selaku rakan strategik APEL@INTAN turut dijemput hadir untuk mengadakan pameran berkaitan informasi pendidikan tinggi di bawah laluan APEL yang disediakan oleh pihak INTAN.

#UKM #AkademikUKM

IMG-20240801-WA0024
IMG-20240803-WA0006
IMG-20240802-WA0024
WhatsApp Image 2024-08-03 at 14.03.30_e45242e2
IMG-20240802-WA0021
IMG-20240803-WA0007
IMG-20240802-WA0022
IMG-20240801-WA0024 IMG-20240803-WA0006 IMG-20240802-WA0024 WhatsApp Image 2024-08-03 at 14.03.30_e45242e2 IMG-20240802-WA0021 IMG-20240803-WA0007 IMG-20240802-WA0022