SESI PITCHING DAN PROMOSI BAGI PESERTA KURSUS PERSEDIAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) 2024
Program: SESI PITCHING DAN PROMOSI BAGI PESERTA KURSUS PERSEDIAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) 2024
Tarikh: 7 Mac 2024 (Khamis)
Tempat: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
[SESI PITCHING DAN PROMOSI BAGI PESERTA KURSUS PERSEDIAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) 2024]
Pada 7 Mac 2024, Pusat Pengurusan Akademik, UKM telah menyertai sesi Pitching dan Promosi bagi Peserta Kursus HLP 2024 yang telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. Program tersebut dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para peserta untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pengajian pascasiswazah yang ditawarkan oleh universiti yang hadir.
Turut hadir pada sesi kali ini adalah Prof. Madya Dr. Goh Choo Ta, Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI UKM) dan Dr. Wye Chung Khain, Penyelaras Program Antarabangsa, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.
#UKM #AkademikUKM