TAKLIMAT PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PASCASISWAZAH BAGI SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2024/2025
[TAKLIMAT PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PASCASISWAZAH BAGI SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2024/2025]
Unit Pengambilan Pascasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah mengadakan Taklimat Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bersama Fakulti/Institut/Pusat pada 18 September 2024 bertempat di Bilik Latihan Aras 2, Bangunan Tun Fatimah Hashim.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada Fakulti/Institut/Pusat berkenaan proses pengambilan pelajar baharu pascasiswazah serta persediaan sebelum pendaftaran pelajar baharu.
Taklimat ini telah dihadiri oleh sekretriat siswazah Fakulti/Institut/Pusat yang terdiri daripada pegawai dan staf.
#UKM #AkademikUKM