PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Unit Dasar Akademik

Unit Dasar Akademik mengawal selia pembangunan, semakan dan pindaan ke atas peraturan dan garis panduan program pengajian Prasiswazah, Siswazah dan program pengajian lain mengikut keperluan semasa dasar akademik. Mengawal selia pelaksanaan akta dan garis panduan berhubung program pengajian di universiti. Menyediakan khidmat nasihat dan perundingan mengenai sebarang isu berhubung dasar akademik.