PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Unit Pendaftaran, Peperiksaan dan Pengijazahan

Unit Pendaftaran, Peperiksaan dan Pengijazahan menguruskan pendaftaran diri pelajar baru urusan rayuan, pertukaran pendaftaran kursus, penjadualan kuliah, pemindahan kredit, gantung pendaftaran/tangguh pengajian. Penjadualan peperiksaan, pengurusan soalan, peperiksaan gantian & ulangan khas, rayuan semak semula keputusan, rayuan meneruskan pengajian, tatatertib peperiksaan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa. Penyediaan surat pengesahan tamat pengajian, transkrip dan skrol.