Prosenium Integriti

Pertandingan pementasan teater antara Kolej Kediaman UKM bertemakan integriti.

Sejajar dengan Pelan Strategik HEPA 2023-2026 yang baru dilancarkan, Pusat Kebudayaan Universiti menerajui Festival Teater UKM dengan kerjasama Kelab Teater Rimba untuk mengembalikan kegemilangan teater UKM semasa era kemuncak kejayaan teater pengajian tinggi suatu ketika dahulu. Kali ini melalui jenama baru – PROSENIUM. 

Program ini dianjurkan dengan tujuan utama bagi mencungkil serta meraikan bakat- bakat seni teater dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi UKM selain menjadikan seni teater sebagai seni popular pilihan Mahasiswa dalam membentuk keterampilan soft skill.

Tahun ini, tema naskhah yang diangkat adalah ‘Mahasiswa Tonggak Integriti’ di mana setiap kumpulan yang bertanding diwajibkan mengangkat INTEGRITI sebagai tema atau pemikiran kepada persembahan masing-masing. 

Prosenium Integriti akan menyaksikan persaingan 10 buah kolej kediaman merebut gelaran johan dengan hadiah wang tunai terkumpul RM4,000 selain piala pusingan.

Barisan JURI

Aloeng Silalahi

Ketua juri

  • Mohamad Arif Taslim
  • Pengarah, pelakon, penulis, pensyarah dan jurulatih dengan 20
    pengalaman tahun dalam seni persembahan.
  • Alumni Institut Seni Indonesia Padangpanjang
  • Ijazah Sarjana Muda Teater (Pengarahan) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Anugerah

  • Anugerah Seni MAKUM | 2020
    Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | 2019
    Festival Teater Malaysia, Kelantan
  • Pelakon Lelaki Terbaik | 2007 & 2017
    Festival Teater Malaysia, Negeri Sembilan
  • Pelajar Terbaik | 2013
    Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA)
  • Pengarah Terbaik | 2007
    Festival Teater Malaysia, Negeri Sembilan

Pengalaman

  • 2021 FASILITATOR
    Kokurikulum Teater, HEPA, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • 2020 PENSYARAH SAMBILAN
    Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA)
  • 2020 PENSYARAH JEMPUTAN
    Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan , Universiti Malaysia Kelantan
  • 2007 TENAGA PENGAJAR SAMBILAN
    Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia
  • 2016 – 2018 MAIN CAST and PERFORMER
    Fantasy Rainforest PICC Putrajaya
  • 2014 – 2015 PEGAWAI MEDIA
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Bandar Enstek
  • 2008 – 2012 PENSYARAH SAMBILAN
    Pusat Pembangunan dan Kemahiran Insaniah Universiti Sains Islam M’sia
  • 2004 ACADEMY ASSISTANT
    The Actors Studio Kuala Lumpur
  • 2019 PANEL JURI
    Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Melaka
  • 2018 PENGARAH/PELAKON
    Teater TANAH AKHIRKU Panggung Sari Istana Budaya
  • 2014 PENGARAH
    Teater JAM DINDING YANG BERDETAK Lambang Sari Istana Budaya
  • 2006 PENGARAH/PELAKON
    Teater HAMLETMASCHINE Pekan Apresiasi Teater Indonesia
  • 2004 PENOLONG PENGARAH
    Teater CINDUA MATO Dewan Kesenian Riau Indonesia
  • Mohd Azli Othman
  • Berasal dari Klang Selangor
  • Umur 44 tahun
  • Pendidikan
    1) Ijazah Sarjana Muda Sains & Teknologi, UKM
    2) Ijazah Sarjana Sastera Pengurusan Seni, UKM (baru mendapat tawaran)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007 dan 2015
  • Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
    Festival Teater Kuala Lumpur tahun 2000

Awal Penglibatan

Saya mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan bermula di Universiti, ketika itu saya mencuba di acara/aktiviti/program rasmi anjuran kolej kediaman dan kelab/persatuan yang saya ceburi…memandangkan saya aktif dalam bidang teater (Kelab Teater Rimba UKM), jadi untuk bercakap di hadapan umum tidak menjadi masalah kepada saya malah saya menangani perasaan gemuruh dengan beranggapan saya sedang dalam karektor lakonan. Saya pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Teater Kuala Lumpur tahun 2000 melalui Teater Dia Yang Sepi. Sehinggalah saya menamatkan zaman menara gading dan melangkah ke alam pekerjaan. Disini bermulalah saya menempatkan diri dalam kerjaya yang saya impikan. Walaupun saya mempunyai segulung Ijazah Sarjana Muda Sains & Teknologi (Geology) dari UKM Bangi, tetapi minat yang tinggi dalam bidang seni membuatkan saya menukar haluan kerjaya sebagai Pegawai Kebudayaan. Dewasa ini terlalu banyak yang bekerja diluar bidang pengiktirafan akademik atas alasan mengutamakan minat dan kecenderungan. Sebelum menyandang jawatan sebagai Pegawai Kebudayaan, saya pernah berkhidmat di syarikat korporat GUE & Partners Sdn.Bhd. sebagai Perunding Geoteknikal selama 2 tahun. Saya meneruskan cita cita saya dengan melibatkan diri dalam acara/aktiviti/program yang memerlukan jurucakap atau pengendali majlis. Saya juga sering menawarkan diri untuk menjadi sebagai pengacara di majlis2 tertentu. Disamping itu juga saya mencuba mengasah bakat dengan menjadi pengemudi acara di majlis-majlis resepsi perkahwinan sama ada di dewan atau di hotel-hotel sekitar kuala lumpur.

Jawatan dan Skop Tugasan

Di Istana Budaya (IB) saya memulakan kerjaya di Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Awam, disini saya bertanggungjawab untuk menyelaras program/aktiviti promosi bagi produksi terbitan IB ke khalayak media dan umum. Selain aktif mempromosikan program IB, saya juga diberikan tanggungjawab menyelaraskan pengurusan Panggung Sari. Disini bermula la saya mendekatkan diri dengan bidang yang menjadi kegemaran saya. Saya mula menyumbangkan suara di belakang tabir untuk pementasan teater, persembahan konsert, majlis sidang media dan majlis2 rasmi Jabatan & Kementerian. Selama 7 tahun menimba pengalaman dalam bidang pemasaran dan PR, saya mula beralih ke Bahagian Muzik. Disini saya harus membantu memperkenalkan kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pada industri seni persembahan di Malaysia. Sesuatu yang amat mencabar kerana penubuhan kumpulan orkestra tradisional ini terlalu asing pada negara-negara maju di dunia dimana orkestra simfoni barat sudah terlalu lama mendominasi halwa telinga. Pelbagai pendekatan dan program dilaksanakan bagi memartabatkan orkestra tradisonal malaysia ini agar dikenali oleh masyarakat umum dan luar negara khususnya. Antara yang manis apabila kumpulan OTM ini berjaya menembusi industri muzik tanah air dengan mengiringi persembahan artis-artis terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza, Dato Jamal Abdillah, Dato Rossa, Dato M. Nasir, Anuar Zain, Jaclyn Victor, Stacy di konsert-konsert atau acara rasmi Negara. Mereka mengakui akan keunikan dan keindahan gubahan lagu hasil gabungan alatan muzik tradisional ini. Selepas berada selama tiga tahun di Bahagian Muzik, saya beralih ke Bahagian Produksi yang merupakan nadi penggerak utama IB sehingga kini. Disini saya menyelaras dan merealisasikan program/projek tertentu yang tersenarai dalam kalender program rasmi IB sepanjang tahun.

Cabaran

Antara cabaran dan perkara paling sukar dalam karier sebagai pengacara majlis ini adalah mendapatkan kepercayaan dari pihak penganjur dan majikan saya khususnya. Saya melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan yang relevan dengan mengikuti kursus/seminar/simposium anjuran mana2 agensi kerajaan dan sektor korporat. Saya pernah berguru bersama Dato Mahadzir Lokman melalui kursus anjuran syarikat miliknya dan juga seorang senior dalam bidang pengacaraan iaitu saudara Chuari Haji Selamat. Semua titipan ilmu saya kutip bagi memantapkan kerjaya saya disamping mencari ruang untuk mempraktikannya secara maksimum. Pernah sekali buat pertama kalinya saya diundang oleh Siti Nurhaliza Production untuk menjadi pengacara bagi Konsert Lentera Timur yang diadakan di IB pada tahun 2013 tetapi malangnya di malam raptai penuh konsert berkenaan suara saya hilang sepenuhnya akibat kecederaan pada kotak suara. Saya sangat tertekan waktu itu kerana inilah peluang yang saya nantikan untuk membina nama dalam karier ini. Saya bersyukur atas nasihat dan keprihatian Dato Siti Nurhaliza sendiri, saya dicadangkan untuk ke Klinik Pakar Dr. Siddiq bagi mendapatkan rawatan seperti mana beliau juga mendapatkan rawatan di situ. Alhamdulillah menjelang malam pertama konsert berkenaan suara saya mula bergema semula. Bermula dari situlah setiap kali adanya konsert sepenuhnya penyanyi kesayangan malaysia ini di IB maka kedengaranlah suara saya sebelum dan selepas konsert berakhir. Antara lain cabarannya ialah perubahan senarai kehadiran VIP yang sering berlaku di saat2 akhir dalam sesuatu majlis/acara. Jesteru itu sebagai pengacara majlis kita harusla peka dan segera mengemaskini salutasi tersebut dengan tenang. Pernah juga terjadi di sesetengah acara seperti majlis sidang media, sesi soal jawab akan menimbulkan suasana dan keadaan tegang antara media dan barisan panel artis yang terlibat, sebagai perantara majlis yang dilantik kita haruslah mendamaikan keadaan secara berhemah dengan gurauan kecil dan sebagainya.

Kriteria Yang Diperlukan

Bagi saya, minat dan bakat yang ada perlu seiring disamping keyakinan dan kesungguhan untuk memperbaiki sebarang kelemahan. Selain itu kriteria penting adalah teknik berkomunikasi bersama khalayak umum, media dan tetamu kehormat haruslah ada disamping mengikuti aliran arus perdana dengan mengoptimumkan ilmu pengetahuan. Laras bahasa juga harus diperbaiki dari masa kesemasa agar sesuai dengan keadaan majlis yang berlangsung.

Pengalaman Menarik

Terlalu banyak pengalaman manis dan pahit saya tempuhi sepanjang berkhidmat di IB tapi semua itu bukan halangan bagi saya. Bermula dari bawah penglibatan saya dalam mengendalikan pameran bergerak Merakyatkan Seni di serata negeri dimana saya menjadi juruacara/jurucakap bagi booth pameran IB. Bermacam ragam pengunjung yang hadir tetapi saya selesa mengendalikannya. Setelah pameran saya diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis di perhimpunan bulanan IB dan juga Kementerian. Tanggungjawab semakin besar bila diberi kepercayaan mengendalikan majlis sidang media bagi pementasan sesebuah teater/ konsert / wawancara terbitan IB atau produksi luar dan sehinggalah ke majlis pratonton / pementasan teater / konsert yang diadakan di Panggung Sari pada setiap tahun. Antara penglibatan saya didalam produksi ;

  • Konsert Cinta Nadira Adnan
  • Teater Ombak Rindu
  • Teater Zombi
  • Teater Bikers Kental
  • Teater Mak Cun
  • Teater Bawang Putih Bawang Merah
  • Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wick
  • Teater Upin dan Ipin
  • Teater Dibawah Lindungan Kaabah
  • Teater Maduku Kalut Return
  • Teater Takhta 3 Ratu
  • Konsert Satu Suara Dato Siti Nurhaliza Vol 2
  • Konsert Unplugged Dato Siti Nurhaliza
  • Konsert Dato Rossa Malam Keajaiban Cinta
  • Konsert Afgan Live To Love
  • Konsert Marcell & Dayang Nurfaizah Pesona Cinta
  • Konsert Lentera Timur Dato Siti Nurhaliza

Pencapaian Terbesar

Bagi saya pencapaian terbesar dalam karier saya adalah apabila diberi kepercayaan penuh bagi mengendalikan majlis2 rasmi yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi negara dan juga tetamu terhormat seperti SPB Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke majlis-majlis tertentu. Saya merasa sangat teruja dan bertuah apabila melafazkan salutasi saya yang tertera nama-nama orang yang terpenting di Malaysia. Jalinan keakraban bersama selebriti terkenal di Malaysia ketika mengendalikan sesebuah produksi/majlis, pementasan atau konsert menguatkan keyakinan saya untuk terus kehadapan memberikan khidmat yang terbaik. IB telah memandang bakat dan komitmen saya sebagai sesuatu yang bole dibanggakan dimana saya telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak dua kali sepanjang 12 tahun perkhidmatan saya dan beberapa kali dalam Anugerah Bulanan Pekerja Cemerlang.

Kerjaya Ini di Malaysia

Kerjaya sebagai pengacara bagi majlis rasmi atau tidak rasmi adalah sesuatu yang menarik dan menghiburkan. Pelbagai aspek kreatif boleh diterjemahkan berdasarkan kepada input pengetahuan dan kemahiran individu berkenaan. Jadi bagi mereka yang ingin lebih dikenali, acara dan program bercorak hiburan merupakan platform yang sesuai untuk mengaspirasikan impian. Dunia penyiaran di Malaysia begitu luas untuk diterokai dan kita harus berusaha mencari ruang dan peluang.

Sasaran & Kemuncak

Saya tidak meletakkan sesuatu sasaran kemuncak kerjaya saya kerana apa yang ada sekarang bagi saya sudah cukup memadai. Bermula dari ingin mencuba secara suka suka sehinggalah saya mula dikenali oleh individu yang berada dekat dengan sekitaran kerja saya dan sebahagian lagi dari peminat industri seni kreatif di Malaysia. Bagi saya sesuatu kebanggaan apabila mereka mendengar suara saya bergema setiap kali berkunjung ke panggung berprestij Istana Budaya sebelum dan selepas sesuatu persembahan diadakan.

Kepuasan Dalam Karier

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dalam melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi, kepuasan terzahir apabila orang sekitaran kita memberi pujian dan dorongan untuk terus berjaya dimasa hadapan. Keakraban yang terbina bersama individu2 yang hebat didalam industri seni ini cukup meyakinkan saya bahawa saya telah memberikan dan menyumbangkan sesuatu yang menyenangkan mereka ketika bersama2 menjayakan sesuatu produksi. Walaupun hanya sedikit komentar atau “like” di laman sosial, ia sangat menggembirakan kerana itu adalah aliran terkini menzahirkan penghargaan.

Harapan

Harapan saya sama seperti insan lain diluar sana iaitu melebarkan sayap kerjaya saya ke medium yang lebih komersial dan dikenali sekiranya bakat yang ada menepati kriteria yang industri kehendaki.Mohd Azli Othman

Zack Ziegler

Juri ii

Rajan Munusamy

Juri iii

Berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Undang-Undang dengan kepujian UKM (2007) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Putra Business School UPM (2016). Beliau mula berkhidmat di UKM pada tahun 2008. Kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pendaftar di Unit Integriti & Ombudsman UKM. Beliau mendapat pentauliahan SPRM sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer- CeIO) pada tahun 2014.

Beliau diberi mandat sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam bagi sesi 2019-2021 & 2021-2023. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Kursus Integriti & Rasuah (LMCR3152) bermula 2018. Encik Rajan juga dilantik sebagai Penasihat kepada Kelab Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) UKM sejak 2018.

Dalam bidang penyelidikan, beliau dilibatkan sebagai penyelidik bersama dalam beberapa projek penyelidikan antaranya Kajian Pengukuran Tahap Integriti dalam Kalangan Ahli Akademik UKM (2018-2019), Kajian Pembentukan Model Mahasiswa Integriti (2019-2020). Selain itu, beliau terlibat sebagai penulis bersama dalam Buku Kompilasi Kes-Kes Tatatertib Pelajar (2017), Panduan Integriti Buat dan Jangan Buat UKM (2015 & 2019).

Bagai sirih pulang ke gagang, Encik Rajan kini menjejakkan kali semula di Panggung Seni UKM. Encik Rajan merupakan Alumni Kelab Teater Rimba UKM. Beliau pernah menjawat jawatan Naib Yang-dipertua (NYDP) Kelab Teater Rimba pada sesi 2005-2007. Penglibatannya dalam dunia teater bermula sekitar 2004 bersama KTR UKM dan terus aktif bersama rakan-rakan seperjuangannya di bawah bimbingan Mohamad Diani Kasian atau Bung Kancil.

Pencapaian terbaik yang pernah diraih adalah Pelakon Harapan Festival Teater MAKUM 2005, Anugerah Seni Mahasiswa UKM 2006 serta Pemenang Anugerah Bonang Emas (Mahasiswa) 2006.

Zaman kegemilangan beliau adalah menerusi produksi Teater “Perkahwinan” karya Nikolai Gogol apabila berjaya dipentaskan lebih daripada 20 kali, dalam dan luar negera, bermula dari Panggung Seni UKM, ke Singapura, seterusnya ke Indonesia dan kali terakhir di Istana Budaya. Teater “Perkahwinan” merupakan satu-satunya produksi teater KTR setakat ini yang berjaya diangkat di pentas Istana Budaya.

Selain itu, beliau juga terlibat sebagai pelakon bagi dalam produksi teater berikut:

  1. Teater “Harimau Malaya Force 136”
  2. Teater “Teruna in Love”
  3. Teater “Titik Titik Hitam”
  4. Teater Bangsawan “Raja Andak Raja Laksamana”
  5. Teater “Ara”
  6. Pementasan teater/tarian Hamdolok

Dari segi pengarahan, beliau pernah mengarah Teater “Teruna in Love” untuk pertandingan sempena Festival Teater Negeri Selangor 2006.

Dalam pada itu, beliau pernah dilantik sebagai Tenaga Pengajar Kursus Teater Bangsawan di Pusat Kebudayaan pada 2007-2009 dan berjaya mementaskan dua (2) produksi iaitu Teater Bangsawan Tun Fatimah & Teater Bangsawan Badang.

Melalui penglibatan teater juga, bakat lain beliau dikenal pasti dalam dunia pengacaraan dan beliau pernah menjadi Penyampai Radio RTM pada 2007-2009, wartawan penyiaran TV3, Malaysia Hari ini pada 2010.