Prosenium Pengguna UA 2022

Pertandingan pementasan teater antara Universiti Awam bertemakan kepenggunaan.

Pihak KPDNHEP telah merancang dan melaksanakan pelbagai program kesedaran pengguna di seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, seni teater diangkat sebagai medium pertandingan ini bagi merancakkan industri teater Malaysia yang dilihat semakin sepi terutamanya teater kampus, serta bertambah parah dek pandemik yang melanda dunia dan menyekat kreativiti kita dari menjalankan pementasan secara bersemuka, pihak Pusat Kebudaaan Universiti, UKM telah mencadangkan satu pertandingan bersifat kepenggunaan di peringkat UA bagi menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan ini di pelbagai peringkat lapisan masyarakat.

Barisan JURI

Saifulkhairi Ahmad

Juri I (Ketua Juri)

Penglibatan awal beliau dalam bidang teater bermula pada tahun 1985 dengan menyertai menyertai pelbagai antaranya Pertandingan Drama Sekolah2 Malaysia anjuran TV3 dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Pekan Teater serta beberapa pementasan teater di Negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Mula bergiat aktif paa awal 90an bersama beberapa kumpulan teater amatur dan profesional di Kuala Lumpur. Terlibat secara langsung dalam beberapa pemenasan teater seperti Teater Tetamu, Opera Ayu Cendana, Primadona – arahan Fauziah Nawi, Tiang Seri Tegak Berlima – Arahan Allahyarham Rohani Yousuf, Hang Tak Tuah, Kena Main, Jejak Pahlawan, Brang Brong Breng – Allahyarham Khalid Salleh, Bangsawan Sinbad, Dendam Ratu Kala – Rosnan Nordin, Bangsawan Musang Berjanggut, Celorong Celoreng – Zaifri Husin dan banyak lagi

Pernah bersama-sama Allahyarham Khalid Salleh menerbitkan teater Kena Main yang di lakonkan oleh Orang Kelainan Upaya – Cacat Penglihatan dan dicatatkan dalam Buku Malaysia Books Of Record pada tahun 1998

Pernah terlibat secara langsung sebagai pelakon dalam drama radio bersiri Cucu Pak Awang dan Permatang Jingga, Panggung Drama serta Bangsawan di Udara sekitar tahun 90an

Kini beliau bertugas di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sebagai Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Pengembangan Seni Budaya dan terlibat secara langsung sebagai pegawai penyelaras acara-acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Malaysia, Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Majlis Jamuan Negara, Konsert Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada, Acara Sempena Pertabalan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan Acara-acara Tamat Tempoh Pemerintahan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Festival Kesenian ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN ke 26 dan 27 dan banyak lagi. Kini merupakan Penulis Skirp dan Pengacara Majlis Rasmi Kerajaan

Beliau merupakan aktivis teater yang berpengalaman luas dalam Industri Teater Malaysia juga selaku produser filem dan drama. Beliau merupakan Alumni Ijazah Sarjanamuda Seni Halus Universiti Sains Malaysia pengkhususan dalam Lakon & Pengarahan.

Beliau menerima pelbagai pengiktirafan dalam & luar negara termasuk beberapa anugerah seni teater antaranya Malaysia Book of Records – Longest One-Cast Play, Best Actor Award- Penang Theater Festival 2009, Best Script Award-Gelanggang Teater Kota Seni 2019, Best Director Award – Malaysia DEKON Festival 2010 dan Gold Medalist – International Musical Drama Competition 2014.

Azhar Jalil

Juri II

Juri Modul Kepenggunaan

Berikut adalah senarai juri modul kepenggunaan yang akan diwakili salah seorang dari KPDNHEP bagi setiap pementasan:

En. Muslimun Md Yusof

KPDNHEP

Pn. Fatin Norliyana Abd Rahim

KPDNHEP

En. Anas Mohd Hilmi

KPDNHEP

En. Muhammad Haziq Imran

KPDNHEP

En. Mohamad Izzat Hamzah

KPDNHEP