Prosenium Pengguna UA 2022

Pertandingan pementasan teater antara Universiti Awam bertemakan kepenggunaan.

Pihak KPDNHEP telah merancang dan melaksanakan pelbagai program kesedaran pengguna di seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, seni teater diangkat sebagai medium pertandingan ini bagi merancakkan industri teater Malaysia yang dilihat semakin sepi terutamanya teater kampus, serta bertambah parah dek pandemik yang melanda dunia dan menyekat kreativiti kita dari menjalankan pementasan secara bersemuka, pihak Pusat Kebudaaan Universiti, UKM telah mencadangkan satu pertandingan bersifat kepenggunaan di peringkat UA bagi menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan ini di pelbagai peringkat lapisan masyarakat.

Objektif

Penganjuran projek ini adalah untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

Pelestarian teater

Pemerkasaan watan dengan melestari seni teater di kalangan mahasiswa melalui nilai ilmu yang bersifat holistik

Aktiviti pelajar

Merancakkan semula aktiviti teater kampus

Industri

Menyambung kelangsungan kegemilangan industri teater Malaysia

Kepenggunaan

Sebagai medium menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan

Syarat Pertandingan

Setiap peserta haruslah mematuhi semua syarat dan peraturan pertandingan seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Terbuka kepada semua peserta yang akan mewakili UA masing-masing dan sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana secara sepenuh masa dan berdaftar secara sah dengan Majlis Kebudayaan universiti-universiti Malaysia (MAKUM).
  2. Setiap universiti hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja dan yuran penyertaan ditaja oleh pihak KPDNHEP.  
  3. Mana-mana UA yang akan menyertai pertandingan ini hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pertandingan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan nanti bersama naskhah yang dilampirkan.
  4. Peserta dibenarkan membawa dan menggunakan alat bantu persembahan yang bersesuaian dan tidak merbahaya atau mengganggu semasa pertandingan dijalankan.  
  5. Setiap peserta adalah bebas menggunakan kreativiti masing-masing dalam persembahan dan sebarang penggunaan peralatan (props, set, make up) untuk pertandingan adalah di bawah tanggungjawab peserta itu sendiri. Walau bagaimanapun kreativiti yang tidak sesuai dengan budaya timur akan dibatalkan penyertaannya.
  1. Sebarang kehilangan barang-barang, kecederaan dan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta semasa bengkel berlangsung adalah di bawah tanggungan sendiri.
  2. Setiap peserta hendaklah berpakaian yang bersesuaian serta tidak mencolok mata.
  3. Semua perbelanjaan perjalanan adalah di bawah tanggungan universiti-universiti yang berkenaan.
  4. Peserta akan diadili oleh Panel juri Profesional yang dilantik oleh penganjur. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.
  5. Peraturan universiti yang sedia ada di tempat pertandingan berlangsung perlulah dipatuhi sepanjang masa.   
  6.  Setiap peserta mesti berada 2 jam sebelum giliran pertandingan bermula.
  7. Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa bengkel ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan kepada pihak penganjur.
  8. Borang penyertaan boleh dihantar melalui faks, pos atau emel Urusetia Pertandingan. UA terlibat juga boleh menghubungi pihak Urusetia bagi mengesahkan penyertaan.

Syarat Khusus

  1. Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini mestilah terdiri daripada 20 orang tenaga produksi sahaja.
  2. Masa persembahan adalah 45 hingga 75 minit. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong markah daripada markah keseluruhan.
  3. Setiap persembahan hendaklah menggunakan skrip atau naskhah Bahasa Melayu yang dihasilkan sendiri dan menepati tema KEPENGGUNAAN berdasarkan salah satu daripada 4 modul seperti di bawah.
  4. Naskhah adalah bebas dan boleh diadaptasi daripada mana-mana skrip sedia ada.
  5.  

Rujukan Modul KPDNHEP

  1. Setiap kumpulan dilarang melakukan unsur-unsur yang berbahaya, termasuk senjata atau alat tajam, senjata api, bahan letupan, api yang menyala, cecair mudah terbakar atau asid, haiwan liar dan berbisa dan sebagainya. 
  2. Peserta tidak dibenarkan mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia/haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.
  3. Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran. 
  4. Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. 
  5. Semua pementasan haruslah bebas dari unsur-unsur negatif, provokasi, unsur seksual yang mengghairahkan, unsur keganasan yang berlebihan, cacian dan maki hamun atau penggunaan bahasa kasar dan carut yang boleh menjejaskan imej mahasiswa, menggugat ketenteraman awam, keselamatan negara, nilai keagamaan, moral, etika dan budaya bangsa.

Modul 1

Alam Sekitar dan Kelestarian

Modul 2

Pengurusan Pemakanan

Modul 3

Pengurusan Kewangan

Modul 4

Perlindungan Pengguna

Penghakiman

Penghakiman diadili oleh barisan juri yang dilantik oleh penganjur dan KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD.

Kenali barisan panel juri yang mengadili pertandingan teater ini. (Klik pada gambar untuk profil juri)

Hadiah Pemenang

Hadiah bagi Pertandingan ini adalah seperti berikut:

Naib Johan

RM 3,000 . 00
  • Trofi
  • Sijil

Ditaja oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

2022

Johan

RM 5,000 . 00
  • Piala Pusingan
  • Sijil

Ditaja oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Ketiga

RM 2,000 . 00
  • Trofi
  • Sijil

Ditaja oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Jadual Pertandingan

Tarikh dan tempat pertandingan terbahagi mengikut zon peserta.

Anjuran

Projek ini merupakan gabungan hebat institusi-institusi berikut: