Memberi pendedahan secara khusus tentang pengarahan, sinografi dan lakonan dalam seni teater.
Memastikan pementasan teater kampus terbimbing dan mencapai tahap kualiti yang seadanya.
Menyambung kelangsungan kegemilangan industri teater kampus dan seterusnya Malaysia.
Menzahirkan idea kepada sebuah naskah dengan struktur cerita yang kuat dan teknik penggunaan dialog yang dapat mendukung karaktor pelakon.
Menjelaskan mengenai masa, ruang kejadian peristiwa peranan, sifat dan perwatakan selain membantu menggambarkan dan menghidupkan lakonan dan bentuk cerita.
Menzahirkan sebuah skrip ke pentas meliputi pemahaman skrip, konsep pementasan, barisan pelakon, kru produksi, sinografi dan latihan.
Mempelajari teknik-teknik berkesan dalam penghayatan watak, penyampaian dialog dan membina keyakinan diri serta lontaran suara yang baik.
Mendedahkan para peserta kepada ilmu dan teknik asas dari persiapan sehingga pementasan teater.
15 - 17 Mei 2023
9 pagi hingga 10 malam
Panggung Seni
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi Selangor
Bengkel ini terbuka kepada semua pelajar semasa (sarjanamuda / sarjana) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tiada yuran akan dikenakan. Penyertaan adalah percuma.
Disediakan:
TIDAK disediakan:
Surat pelepasan kuliah akan dikeluarkan bagi masa dan tarikh bengkel berlansung.
Tanya penganjur: Whatsapp