ALAF-UKM melalui Makmal Bioserasi telah turut serta dalam 5th Malaysian Congress of Toxicology (MyCOT 2024) yang dianjurkan oleh Malaysian Society of Toxicology (MySOT) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bertempat di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam.
MyCOT 2024 yang berlangsung 2 hari bermula 13 November hingga 14 November 2024 bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar toksikologi dan penyelidik yang turut disertai oleh beberapa negara luar untuk bertukar idea, membincangkan inovasi serta meneroka penyelesaian inovatif terhadap pelbagai cabaran toksikologi yang dihadapi global waktu ini.
Dengan tumpuan kepada inovasi dan pengurusan risiko toksikologi, penyertaan serta penajaan ‘Perak’ oleh Makmal Bioserasi, ALAF-UKM mencerminkan komitmen besar dalam menyumbang kepada penyelesaian untuk masa depan yang lebih selamat demi kelestarian manusia dan alam sekitar.
MyCOT 2024 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah. Turut hadir sama di dalam kongres ini adalah Presiden Malaysian Society of Toxicology (MySOT), Dr. Rozaini Abdullah.