AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA BIOSERASI

PROGRAM NANO KEBANGSAAN (nanoKEB) 2024

Pada 7 hingga 11 Oktober 2024 telah berlangsungnya Program Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2024 anjuran Pusat Teknologi Kebangsaan (NNC) bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor. Antara pengisian program pada edisi kali ini adalah NEMD2024, iSAMN2024, NANOSYM 2024, ANF 2024 Symposium, ANFoS2024, The 7th EU-Asia Dialogue on Nanosafety, Pasukan Petugas SRS nano Meeting, Nanotechnology Industry and Technical Exhibition.
Ketua Makmal Bioserasi, ALAF-UKM, Dr. Siew Ee Ling yang juga merupakan Ketua Bahagian Keselamatan, Pasukan Petugas Standard, Regulatori dan Keselamatan Nanoteknologi Kebangsaan Malaysia hadir ke nanoKEB 2024 yang telah menghimpunkan para penggiat nanoteknologi dari pelbagai latar belakang untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan maklumat mengenai pembangunan nanoteknologi di negara kita. Di samping itu, program ini juga menjadi wadah perbincangan tentang hala tuju penyelidikan dan isu-isu kritikal berkaitan penyelidikan serta pembangunan (R&D) yang telah dibangunkan di dalam negara sejak sedekad yang lalu.
Makmal Bioserasi, ALAF-UKM memainkan peranan yang signifikan dalam memajukan bidang nanoteknologi negara dengan fokus pada penyelidikan dan inovasi disamping meneroka serta mengembangkan aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai sektor, termasuk makanan, perubatan, kosmetik dan juga industri.
Majlis Penutup Program Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Kredit gambar: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)