BERITA SDG 15 SDG 4

SELAMAT HARI BIODIVERSITI ANTARABANGSA 2024

Malaysia terkenal dengan kelimpahan flora dan fauna yang menyumbang kepada kepelbagaian hutan dan ekosistem serta biodiversiti dari hutan hujan yang lebat hingga ke dasar laut dalam. Sambutan Hari Biodiversiti merupakan inisiatif global yang bertujuan untuk menggalakkan perlindungan, pemuliharaan, dan penggunaan lestari sumber-sumber alam.

Hari Biodiversiti juga merupakan langkah untuk kita semua sama-sama menyoroti kepentingan kepelbagaian dan keseimbangan ekosistem bumi yang menyokong kehidupan manusia dalam menyediakan pelbagai faedah seperti ekonomi, sosial, kelestarian serta ekologi. Marilah kita bersatu dalam pemuliharaan biodiversiti negara kerana ianya menyumbang kepada pengekalan keseimbangan ekosistem, mengawal bencana alam dan memelihara warisan buat generasi akan datang.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗶𝗼𝗱𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *