AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

ALAF-UKM TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI FRENOVO BIOTECH, HANGZHOU CHINA

ALAF-UKM pada 30 November 2024 (Jumaat) telah menerima kunjungan daripada delegasi syarikat Frenovo Biotech yang berpangkalan di Hangzhou, China. Delegasi ini, diketuai oleh Pengarah Frenovo, Mr. Miller Yu, bersama Eksekutif Jualan, Mr. Caesar Sun, hadir untuk membincangkan potensi kerjasama strategik bersama ALAF-UKM terutamanya dalam penyelidikan saintifik dan inovasi teknologi.
Perbincangan utama tertumpu kepada kolaborasi bersama Makmal i-CRIM, yang merupakan makmal instrumentasi berpusat dengan kepakaran menyediakan perkhidmatan analisis bahan menggunakan teknologi canggih dan juga Makmal Bioserasi yang memfokuskan kepada ujian toksikologi.
Delegasi Frenovo disambut mesra oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, bersama Ketua Makmal i-CRIM, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Nor Roslam Wan Isahak, dan Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa ‘ariwijaya.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh jaringan antarabangsa ALAF-UKM, tetapi juga menonjolkan komitmen warga ALAF-UKM dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia menerusi makmal-makmal di bawah naungannya, sejajar dengan visi ALAF-UKM dalam menjadikan penyelidikan sebagai pemangkin pembangunan yang mampan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *