AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

ALAF-UKM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI SUZHOU POLYTECHNIC INSTITUTE OF AGRICULTURE, CHINA

ALAF-UKM telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suzhou Polytechnic Institute of Agriculture (SPIA), China yang diketuai oleh Cik Kong Tingting, Naib Presiden SPIA. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengenali ALAF-UKM dengan lebih dekat, di samping memahami dan mempelajari amalan baik yang diamalkan oleh warga ALAF-UKM dalam pengurusan makmal fizikal dan juga makmal alami.
Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya. Dr. Mohd Shazrul Fazry bersama menyantuni delegasi ini melalui sesi perbincangan serta pertukaran idea khususnya melibatkan bidang penyelidikan, perkhidmatan makmal, kajian ekologi, biodiversiti dan pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan oleh ALAF-UKM.
Diharapkan lawatan ini dapat membuka lembaran baru kerjasama dalam bidang penyelidikan di antara UKM khususnya dan institusi luar negara sekaligus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara dalam bidang akademik serta penyelidikan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *