ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) pada 6 Februari 2025 (Khamis) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perikanan Daerah Mersing. Delegasi ALAF-UKM disambut mesra oleh En. Muhammad Irfan Bin Ahmad Hanizar, Ketua Unit Taman Laut, Jabatan Perikanan Daerah Mersing.Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Ketua Makmal EKOMAR, bersama Pn. Nur Amelia […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Penyelidikan Antarabangsa) bagi kajian Conservation of Peninsular Malaysian Oaks oleh International Oak Society 2024 berjumlah USD9,990 (RM 44,555.40). Ahli kumpulan yang terlibat, antaranya: •En. Zainuddin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang […]
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM bersama Reef Check Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing akan menganjurkan Program Mersing Young Scientist 2025 yang bertujuan menyediakan platform khas kepada generasi muda mengeksplorasi ilmu sains marin secara interaktif. Tarikh: 13 Februari 2025 Lokasi: EKOMAR, ALAF-UKM Penyertaan terhad: 20 orang sahajaAntara aktiviti menarik yang disediakan adalah:Kajian mikroplastik di […]
Tanggal 2 Februari setiap tahun adalah merupakan tarikh yang istimewa kerana pada tarikh ini telah diwartakan di peringkat antarabangsa sebagai Hari Tanah Lembap Sedunia (World Wetlands Day).Sambutan Hari Tanah Lembap Antarabangsa tahun 2025 mengangkat tema “Melindungi Tanah Lembap untuk Masa Depan Kita Bersama,” yang menekankan betapa pentingnya melindungi tanah lembap sebagai langkah kritikal untuk memastikan […]
UKM membuktikan kecemerlangan subjeknya dengan peningkatan pencapaian dalam penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2025 yang diumumkan pada 22 Januari 2025.Subjek Undang-Undang mencatatkan peningkatan kedudukan yang terbaik dengan berada di kedudukan ke 101-125 terbaik dunia. Subjek ini juga berada di kedudukan pertama di Malaysia bersama subjek Seni & Kemanusiaan.UKM terus menunjukkan […]
Alhamdulillah, Program Pengukuhan Kerja Berpasukan ALAF-UKM yang berlangsung buat pertama kalinya dari 23 hingga 25 Januari 2025 di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, telah melabuhkan tirai dengan jayanya.Program ini telah berjaya mencapai objektif utamanya untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, membina komunikasi yang efektif dan meningkatkan sinergi dalam kalangan warga ALAF-UKM.Dalam ucapan pembukaan […]
Peristiwa Israk Mikraj adalah sebuah perjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjid Al-Haram (Kota Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Baitulmaqdis, Palestin) dengan menunggang Buraq. Kemudian baginda dibawa naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT, di mana dengan izin-Nya, solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.Warga ALAF-UKM mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Israk […]
Pada 21 dan 22 Januari 2024, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan & Jawatankuasa Sokongan ALAF-UKM bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin yang turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Prof. Kehormat dan Penasihat […]
Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah menganjurkan Forum Pemuliharaan Teratai: Ikon Utama Tasik Chini dengan menampilkan Prof. Dato’ Seri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat, ALAF-UKM dan Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM bertempat di Pusat Kemudahan, KAB.Forum ini bertujuan untuk mengupas mengenai […]





















