ALAF-UKM ANUGERAH BERITA

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Zaidi Che Cob atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Strategi) ALAF-UKM berkuatkuasa pada 16 Ogos 2024. Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu pembangunan ALAF-UKM ke tahap yang lebih cemerlang dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ALAF-UKM di peringkat universiti, kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 […]

ALAF-UKM ANUGERAH BERITA

TAHNIAH DAN SYABAS PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ALAF-UKM 2024

Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kakitangan ALAF-UKM yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UKM 2024!𝟭. 𝗧𝘀. 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗭𝗮𝗵𝗲𝗿 (𝗠𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗕𝗶𝗼𝘀𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶)𝟮. 𝗧𝗰. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝘇𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗿𝗼𝗺 (𝗠𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗶-𝗖𝗥𝗜𝗠) Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penerima Anugerah APC peringkat dalaman ALAF-UKM 2024.𝟭. 𝗧𝘀. 𝗛𝗮𝘀𝗻𝗶𝘇𝗮𝘄𝗮𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗗𝗮𝗵𝗹𝗮𝗻 (𝗠𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗕𝗶𝗼𝘀𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶)𝟮. 𝗧𝘀. 𝗡𝗼𝗼𝗿𝗮𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 (𝗠𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗕𝗶𝗼𝘀𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶)𝟯. […]

ALAF-UKM ANUGERAH BERITA

TAHNIAH DAN SYABAS

Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM atas kejayaan memperoleh geran dan dana penyelidikan daripada The Habitat Foundation.Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua warga ALAF-UKM untuk terus berusaha dan memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang kepakaran masing-masing. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan!

ALAF-UKM ANUGERAH BERITA

TAHNIAH DAN SYABAS ATLET ALAF-UKM

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga ALAF-UKM yang telah berjaya mengharumkan nama Gugusan Sains dalam Kejohanan Sukan Staf UKM (SSUKM) 2024 yang telah diadakan bermula 20 Jun hingga 11 Julai yang lepas melibatkan 29 acara telah dipertandingkan. ALAF-UKM tidak terkecuali terlibat di dalam kejohanan ini di mana 8 orang warga ALAF-UKM telah dipilih mewakili Gugusan […]

AKTIVITI SDG ANUGERAH BERITA PPTC

LAWATAN JAWATANKUASA TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (JK TNC HEJIM UAM) KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI, ALAF-UKM

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menyantuni lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Awam Malaysia (JKTNC HEJIM UAM) bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM pada Khamis 11 Julai 2024 yang diketuai oleh, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, TNC HEJIM UKM. Lawatan turut diserikan dengan kehadiran […]

ANUGERAH BERITA i-CRIM

TAHNIAH DAN SYABAS MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM

Alhamdulillah, ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kakitangan Makmal i-CRIM, ALAF-UKM di atas penganugerahan gelaran Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam bidang Teknologi Kimia (CM), Teknologi Sains Bahan (MT) serta Teknologi Elektrik & Elektronik (EE) oleh Lembaga Teknologis Malaysia atau MBOT.Semoga dengan pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) ini menjadi […]

ANUGERAH BERITA BIOSERASI

TAHNIAH DAN SYABAS MAKMAL BIOSERASI, ALAF-UKM

Alhamdulillah, ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kakitangan dan Ketua Makmal Bioserasi, ALAF-UKM Prof. Madya. Ts. Dr. Razinah Mohd Sharif (UKRT, ERT) di atas penganugerahan gelaran Teknologis Profesional (Ts.) di dalam bidang Bioteknologi (BT) oleh Lembaga Teknologis Malaysia atau MBOT.Semoga dengan pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts.) ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja ALAF-UKM […]

ALAF-UKM ANUGERAH BERITA SDG 14 SDG 15 SDG 17 SDG 4

LAPORAN BERKALA RIZAB BIOSFERA TASIK CHINI TERIMA PENGIKTIRAFAN 5 TERBAIK PROJEK BERIMPAK TINGGI

Pusat Penyelidikan Tasik Chini melalui pasukan Task Force yang diketuai oleh Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya. Dr. Mohd Shazrul Fazry telah berjaya menerima pengiktirafan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝟱 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟯 melalui Laporan Berkala Rizab Biosfera Tasik Chini di dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera oleh UKM Holdings dan UKM Pakarunding.Pasukan penyelidik […]

ALAF-UKM ANUGERAH BERITA

PENERBITAN KATALOG 50 BEST MALAYSIAN TITLES FOR INTERNATIONAL RIGHTS EDISI 2023/2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dan Prof. Madya Dr. Norela Sulaiman di atas penerbitan buku berjudul ‘𝗥𝗮𝗳𝗳𝗹𝗲𝘀𝗶𝗮 𝗼𝗳 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴’ yang telah berjaya disenaraikan sebagai salah satu buku Penerbitan Katalog ‘50 Best Malaysia Titles for International Rights 2023/2024’.Pemilihan Buku ‘𝗥𝗮𝗳𝗳𝗹𝗲𝘀𝗶𝗮 […]

ANUGERAH BERITA BIOSERASI

KETUA MAKMAL BIOSERASI, ALAF-UKM TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya. Dr. Razinah Sharif selaku Ketua Makmal Bioserasi UKM – Biocompatibility Laboratory kerana telah berjaya menerima pengiktirafan kelayakan profesional antarabangsa UK Registered Toxicologist (UKRT) yang juga membawa kepada pengiktirafan European Registered Toxicologist (ERT).Prof. Madya. Dr. Razinah Sharif merupakan penyelidik wanita pertama di UKM dan juga penyelidik wanita ketiga di […]

  • 1
  • 2