AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA EKOMAR

EKOMAR ALAF-UKM DIPILIH SEBAGAI LOKASI PENGANJURAN AYVP

Asian Youth Volunteer Programme (AYVP) 2024 telah berlangsung dengan jayanya bermula 2 Disember 2024 sehingga 13 Disember 2024 di mana Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM telah dipilih sebagai lokasi kemuncak penganjurannya pada tahun ini. AYVP 2024 telah berjaya menghimpunkan 50 pelajar antarabangsa dari negara-negara anggota ASEAN dengan tema “Planetary Health” yang menekankan kepentingan kelestarian […]

AKTIVITI SDG ALAF-UKM ANUGERAH BERITA i-CRIM SDG 4 SDG 8

SYABAS DAN TAHNIAH!

Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Seri Zurina Abd Kayum, Pegawai Sains Makmal i-CRIM, serta pasukan Unit Morfologi Makmal i-CRIM atas kejayaan cemerlang merangkul ‘Best Micrograph Award’ bagi kategori imej FESEM dalam Pertandingan Imej Mikro Terbaik sempena 32nd Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia (SCMSM2024).Kejayaan ini sekali lagi membuktikan kepakaran dan komitmen luar […]

AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA SDG 17 SDG 4

TAHNIAH UKM!

Dalam penilaian terkini QS World University Sustainability Rankings 2025, UKM kini berada di kedudukan ke-2 di Malaysia daripada 29 universiti yang dinilai dan ke-32 di Asia daripada 661 universiti. Ini merupakan peningkatan daripada kedudukan ke-3 di Malaysia dan ke-36 di Asia pada tahun penilaian 2024. UKM juga terus mengekalkan kecemerlangannya dalam kelompok 250 universiti terbaik […]

ALAF-UKM BERITA

DAULAT TUANKU!

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. “𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝗵𝗮𝗻𝗮𝗵𝘂 𝗪𝗮 𝗧𝗮’𝗮𝗹𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 […]

AKTIVITI SDG ALAF-UKM ANUGERAH BERITA i-CRIM SDG 8

MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM TERIMA ANUGERAH “IKM LABORATORY EXCELLENCE AWARD 2024”

Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Makmal Instrumentasi Berpusat UKM (Makmal i-CRIM) atas kejayaan cemerlang menerima “IKM Laboratory Excellence Award 2024” daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) bersempena Majlis Malam Kimia & Presentation of IKM Awards 2024 pada Jumaat 6 Disember 2024.Pengiktirafan ini sekali lagi membuktikan kecemerlangan perkhidmatan Makmal i-CRIM dalam dua bidang utama, iaitu ‘Mechanical […]

AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA PPTC

FESTIVAL FABRIKASI: PPTC, ALAF-UKM MEMPERKASAKAN WARISAN SEMULA JADI MELALUI SENI DAN KREATIVITI

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menghadiri Program Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) yang berlangsung pada 5 Disember 2024 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong, MPS.Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli merasmikan […]

ALAF-UKM BERITA SDG 4 SDG 8

TAHNIAH DAN SYABAS!

Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia berkuat kuasa 2 Januari 2025. Semoga YBhg. Prof. Dato’ sentiasa diberi kekuatan untuk memimpin universiti watan kita dengan lebih cemerlang.

AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

ALAF-UKM TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI FRENOVO BIOTECH, HANGZHOU CHINA

ALAF-UKM pada 30 November 2024 (Jumaat) telah menerima kunjungan daripada delegasi syarikat Frenovo Biotech yang berpangkalan di Hangzhou, China. Delegasi ini, diketuai oleh Pengarah Frenovo, Mr. Miller Yu, bersama Eksekutif Jualan, Mr. Caesar Sun, hadir untuk membincangkan potensi kerjasama strategik bersama ALAF-UKM terutamanya dalam penyelidikan saintifik dan inovasi teknologi.Perbincangan utama tertumpu kepada kolaborasi bersama Makmal […]

AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

TAHNIAH DAN SYABAS!

Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Perundingan Strategik Antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan (UKM ISN-SDG) berkuat kuasa pada 19 Disember 2024.Semoga YBhg. Prof. Dato’ terus membawa kecemerlangan kepada UKM dalam menerajui perubahan yang mampan dan memacu agenda pembangunan strategik global yang lestari.