Dapatkan segera MAJALAH IMPAK Siri Keenam (Bil. 3/2024) terbitan CRIM dalam bentuk Digital. Majalah ini juga boleh dicapai di laman web CRIM, https://research.ukm.my/
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Seri Zurina Abd Kayum, Pegawai Sains Makmal i-CRIM, serta pasukan Unit Morfologi Makmal i-CRIM atas kejayaan cemerlang merangkul ‘Best Micrograph Award’ bagi kategori imej FESEM dalam Pertandingan Imej Mikro Terbaik sempena 32nd Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia (SCMSM2024).Kejayaan ini sekali lagi membuktikan kepakaran dan komitmen luar […]
Dalam penilaian terkini QS World University Sustainability Rankings 2025, UKM kini berada di kedudukan ke-2 di Malaysia daripada 29 universiti yang dinilai dan ke-32 di Asia daripada 661 universiti. Ini merupakan peningkatan daripada kedudukan ke-3 di Malaysia dan ke-36 di Asia pada tahun penilaian 2024. UKM juga terus mengekalkan kecemerlangannya dalam kelompok 250 universiti terbaik […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia berkuat kuasa 2 Januari 2025. Semoga YBhg. Prof. Dato’ sentiasa diberi kekuatan untuk memimpin universiti watan kita dengan lebih cemerlang.
Dalam Penarafan THE Interdisciplinary Science Ranking yang pertama diumumkan pada hari ini, UKM telah berjaya menduduki tempat ke-46 daripada 749 universiti yang dinilai dari 92 negara. Diharapkan bahawa penarafan universiti yang mengiktiraf kecemerlangan dalam sains interdisipliner ini bukan sahaja akan menonjolkan dan berkongsi amalan terbaik di seluruh dunia, tetapi juga akan memberi impak terhadap pembangunan […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, ALAF-UKM atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Fokal Integriti (PFI), berkuatkuasa mulai November 2024 sehingga Oktober 2026.Pelantikan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan dan integriti beliau dalam memastikan budaya kerja yang telus serta beretika di dalam tugasan seharian. Semoga […]
Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah meningkat ke kedudukan ke-26 berbanding kedudukan ke-28 tahun lalu dalam penarafan QS World University Rankings 2025: Asia yang diumumkan hari ini.Kejayaan ini menunjukkan kecemerlangan yang berterusan UKM dalam mencapai peningkatan konsisten selama 10 tahun berturut-turut dalam penarafan ini.Pencapaian ini mencerminkan usaha gigih warga UKM dalam memantapkan bidang pengajaran, […]
UKM mencatatkan peningkatan markah yang baik dan mengekalkan kedudukan pertama bagi Tonggak Pengajaran di Malaysia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 yang diumumkan pada 9 Oktober 2024.UKM juga kini berada pada kedudukan kedua antara Universiti Awam di Malaysia dan kedudukan ketiga dalam kalangan semua universiti di Malaysia.Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan UKM, hasil […]
Tahukah anda bahawa 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟴 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 penduduk dunia mengalami masalah mental? Justeru itu, tanggal 10 Oktober setiap tahun telah diwartakan sebagai Hari Sambutan Kesihatan Mental Sedunia dengan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental di seluruh dunia. Tema sambutan tahun ini “Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja,” mengajak kita semua untuk bersama-sama menciptakan […]
Tahniah YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak atas pelantikan semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia berkuatkuasa 1 November 2024. Tulus ikhlas daripada seluruh warga ALAF-UKM.