AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA PPTC

FESTIVAL FABRIKASI: PPTC, ALAF-UKM MEMPERKASAKAN WARISAN SEMULA JADI MELALUI SENI DAN KREATIVITI

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menghadiri Program Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) yang berlangsung pada 5 Disember 2024 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong, MPS.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli merasmikan program yang dihadiri oleh Pengerusi PSJKM, Dato’ Fully Chye Goet Lee, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Puan Anfaal Saari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Shahman Jalaludin.
Program yang berlangsung selama empat hari ini bertujuan mempromosikan kaedah mengekstrak warna semula jadi dari tumbuhan ke atas sehelai fabrik dan juga menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. PPTC mengambil inisiatif mempamerkan hasil seni kreatif masyarakat Orang Asli Tasik Chini, termasuk pakaian eco-printing dan produk kraf tangan. Penyertaan PPTC dalam program ini menggariskan peranan penting Orang Asli sebagai penjaga khazanah alam dan warisan tradisional.
Dalam pada itu, Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat UKM, Lantikan Gig Akademik ALAF-UKM telah menerima anugerah penghormatan daripada PSJKM atas usaha beliau yang berterusan dalam memperjuang dan mengangkat nilai-nilai seni kreativiti negara melalui penggunaan sumber asli alam sekitar.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *