Reruai Pameran ALAF-UKM di KLCC sempena Selangor Life Sciences (SLC) 2024 telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran pengunjung yang sangat memberangsangkan untuk mendalami lebih lanjut tentang perkhidmatan penyelidikan canggih yang ditawarkan oleh Makmal Fizikal ALAF-UKM, iaitu Makmal i-CRIM dan Makmal Bioserasi.
Sambutan yang luar biasa ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Medical Device Authority (MDA), Dr. Muralitharan Paramasua yang meluangkan masa melawat reruai pameran ALAF-UKM, menunjukkan sokongan penuh beliau terhadap usaha penyelidikan saintifik dan perkhidmatan yang diterajui oleh ALAF-UKM.
Reruai ALAF-UKM bukan sekadar mempamerkan kecemerlangan penyelidikan dan perkhidmatan saintifik, tetapi juga menjadi ruang untuk para pengunjung termasuk penyelidik, penggiat industri, dan pihak kerajaan untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan antara akademia serta industri. Dalam pada itu, Dr. Siew Ee Ling, Ketua Makmal Bioserasi, ALAF-UKM telah membentangkan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Makmal Bioserasi dan hasil dapatan kajian serta pencapaian UKM.