Pusat Penyelidikan Tasik Chini melalui pasukan Task Force yang diketuai oleh Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya. Dr. Mohd Shazrul Fazry telah berjaya menerima pengiktirafan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝟱 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟯 melalui Laporan Berkala Rizab Biosfera Tasik Chini di dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera oleh UKM Holdings dan UKM Pakarunding.
Pasukan penyelidik yang turut diwakili oleh beberapa warga ALAF-UKM iaitu Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Dr. Shamsul Khamis, Puan Nur Amelia Abas serta beberapa penyelidik dan kakitangan daripada Fakulti Sains dan Teknologi, UKM ini telah berjaya dianugerahkan ‘𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝟱 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶’ yang memenuhi kriteria sebagai salah satu projek yang mempunyai impak signifikan di dalam pembangunan negara yang menyumbang kepada sumbangan strategik kepada masyarakat setempat mahupun luar.
Semoga dengan penganugerahan ini, dapat menyumbang kepada pembentukan dan pengekalan ekosistem serta biodiversiti negara di samping mengangkat usaha-usaha para penyelidik yang terlibat untuk terus berinovasi demi menyumbang kepada kelestarian dan pembangunan negara.