Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM atau ALAF-UKM telah diluluskan penubuhannya pada 8 September 2022, ia merupakan hasil penstrukturan semula beberapa pusat penyelidikan yang terdiri daripada 4 buah Makmal Alami dan 2 buah Makmal Fizikal.

ALAF-UKM menjadi entiti pengurusan yang akan memantau dan mengkoordinasikan setiap makmal penyelidikan secara berpusat di Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM(ALAF-UKM), Aras 2, Kompleks Penyelidikan UKM, 43600 UKM, Bangi, Selangor.

ALAF UKM terdiri daripada pusat penyelidikan seperti berikut:
PUSAT PENYELIDIKAN (MAKMAL ALAMI)
I. Pusat Penyelidikan Tasik Chini(PPTC)
II. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser( PPBF)
III. Pusat Penyelidikan Langkawi(PPL)
IV. Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin(EKOMAR)

MAKMAL PENYELIDIKAN (MAKMAL FIZIKAL)
i. Makmal i-CRIM
ii. Makmal Bioserasi

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Memberikan perkhidmatan makmal/pusat kepada pelanggan mengikut fungsi masing-masing.

Memastikan makmal/pusat adalah kondusif, selamat dan beroperasi secara optimum untuk menjamin penjanaan yang optimum dan lestari.

Merancang dan melaksanakan aktiviti dan promosi makmal/pusat yang bersesuaian bagi menarik pelanggan dari dalam dan luar UKM.

Menjana pendapatan kepada Universiti.