AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

LAWATAN PENANDA ARAS ALAF-UKM KE AURORA, UPSI

ALAF-UKM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Aurora Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy, UPSI (AURORA) bertempat di Pusat Kokurikulum UPSI, Tanjung Malim, Perak. Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, Pn. Hir Yanti Md Tahir serta Ketua Bahagian Penjanaan dan Promosi, Puan Nor Fauziana Abdul Aziz telah hadir ke sesi lawatan penanda aras ini mewakili Pengurusan ALAF-UKM bagi sama-sama menilai dan mempelajari amalan terbaik dalam pengendalian serta pengoperasian pelaksanaan program yang ditawarkan oleh AURORA.
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr. Roznim Mohamad Rasli dan turut dihadiri oleh En. Mohd Fuad Hussin, wakil Unit AURORA. Lawatan ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan ALAF-UKM dalam meningkatkan mutu dan keberkesanan program yang dikendalikan oleh ALAF-UKM, khususnya dalam konteks pakej pelancongan ilmu. Pelbagai teknik, pendekatan dan strategi yang telah terbukti berkesan di AURORA dapat dipelajari dalam memperkasakan lagi program yang akan dilaksanakan oleh ALAF-UKM di masa hadapan.
ALAF-UKM juga berpeluang melawat kawasan yang digunakan oleh AURORA dalam pelaksanaan program dan aktiviti termasuk melihat kawasan latihan, peralatan yang digunakan serta infrastruktur sokongan. ALAF-UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AURORA atas kesudian menerima lawatan ini dan kerjasama yang amat baik diberikan sepanjang aktiviti lawatan berlangsung. Sokongan dan pengetahuan yang dikongsikan oleh AURORA memberi inspirasi yang sangat berharga kepada ALAF-UKM.