AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT (CLMC) UNISZA KE ALAF-UKM

 
ALAF-UKM telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) UniSZA yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aryati Ahmad, Pengarah CLMC. Seramai 14 orang kakitangan CLMC juga turut serta dalam lawatan ini yang bertujuan untuk mengenali ALAF-UKM dengan lebih dekat, di samping memahami dan mempelajari amalan baik yang diamalkan oleh warga ALAF-UKM dalam pengurusan makmal fizikal iaitu Makmal i-CRIM serta Makmal Bioserasi.
 
Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, Pn. Hir Yanti Md Tahir dan barisan Ketua Makmal, Pengurus Makmal i-CRIM serta Makmal Bioserasi bersama menyantuni delegasi ini melalui sesi perbincangan dan pertukaran idea khususnya melibatkan bidang penyelidikan, perkhidmatan makmal, penggunaan instrumen berteknologi tinggi di dalam perkhidmatan makmal serta tadbir urus yang berkesan dalam perkhidmatan makmal oleh ALAF-UKM.
 
Diharapkan lawatan ini dapat membuka lembaran baru kerjasama dalam bidang penyelidikan di antara UKM khususnya dan UniSZA sekaligus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua universiti dalam bidang akademik serta penyelidikan. ALAF-UKM menzahirkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak CLMC, UniSZA di atas kesudian menjalankan sesi lawatan yang amat bermakna ini.