ALAF-UKM telah menyantuni lawatan sambil belajar kira-kira 40 murid dan 4 orang guru daripada SMK Pekan Baru Muar, Johor. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menginspirasi para murid untuk mendalami bidang sains serta memberi sudut pandang praktikal bagaimana penyelidikan sains diaplikasikan dalam dunia sebenar.
Melalui lawatan ini juga, para murid bukan sahaja berpeluang memahami teori yang dipelajari di dalam bilik darjah namun juga dapat melihat sendiri aplikasi praktikal sains dalam penyelidikan saintifik. Demonstrasi penyelidikan dan penerangan oleh pegawai yang berpengalaman di ALAF-UKM juga turut dijalanlan kepada para murid dalam memberi pemahaman awal kepada mereka khususnya melibatkan eksperimen interaktif yang menguji pemahaman para murid tentang konsep-konsep asas sains.
Diharapkan lawatan ini dapat menjadi titik mula kepada para murid yang terlibat untuk lebih menginspirasi dan mendalami bidang sains seterusnya mampu menjadi penyelidik berwibawa yang mampu menyumbang kepada perkembangan penyelidikan saintifik negara.