Malim Gunung merupakan orang yang memiliki pengetahuan tradisional yang mendalam tentang hutan, alam sekitar, dan kehidupan liar di Malaysia. En. Afiq Aizat Juhari, Pengurus Makmal, Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM adalah Malim Gunung yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perhutanan Malaysia.
Beliau yang juga berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik, juga menjalankan tugas sebagai Malim Gunung Bukit Fraser untuk memastikan keselamatan para penyelidik dan pengunjung yang hadir ke Bukit Fraser khususnya di PPBF adalah selamat serta terjamin daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
Memiliki pengetahuan yang luas tentang hutan khususnya di Bukit Fraser dan kawasan sekitarnya, membantu urusan beliau dalam menjaga keseimbangan ekologi serta mencegah kerosakan kawasan hidupan flora/fauna di Bukit Fraser.
Semoga dengan kepakaran beliau ini dapat membantu memperkasa bidang penyelidikan yang berimpak tinggi di ALAF-UKM seterusnya membantu kegemilangan UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka di peringkat antarabangsa yang terus meningkat dari semasa ke semasa.