Program Alamilah Makmal Alami, ALAF-UKM telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Akademia Siber Teknopolis (AST) UKM pada 11 September 2024 yang lalu. Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden hadir merasmikan program ini dengan diiringi oleh Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, Prof. Dato` Dr. Roslee Rajikan serta Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), Prof. Madya Dr. Wan Mohamad Aizat Wan Kamaruddin.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada para tetamu dan pengunjung yang hadir antaranya Forum Makmal Alami, Pertandingan Menyumpit, Kuiz Makmal Alami, Reruai Pameran, Persembahan Tarian Sewang dan pelbagai lagi. Program ini bertujuan menyerlahkan kekuatan perkhidmatan yang ada di empat buah Makmal Alami ALAF-UKM iaitu di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Bukit Fraser, Langkawi dan Mersing dalam memastikan bidang penyelidikan di UKM sentiasa berjalan aktif seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah digariskan oleh UKM demi kelestarian Universiti.
ALAF-UKM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengunjung yang hadir ke Program Alamilah Makmal Alami, ALAF-UKM yang terdiri daripada jemputan luar UKM dan turut dihadiri oleh warga UKM. Program ini telah berjalan dengan jayanya dengan matlamat dan objektif program dapat direalisasikan dengan penuh tertib serta meriah.
Semoga kita berjumpa lagi di dalam program akan datang anjuran ALAF-UKM. Terima kasih warga universiti watan!