Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF) telah menerima kunjungan dari Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) & Taman Botani Putrajaya bagi menjalankan Ekspedisi Bukit Fraser 2024. Turut hadir Dato’ Muhammad Ammir Bin Haron Setiausaha Bahagian, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 29 – 31 Januari 2024 yang lepas.
Tujuan Ekspedisi Bukit Fraser ini diadakan adalah untuk menjalankan kutipan spesimen hidup tumbuhan, herbarium dan entomologi bagi tujuan konservasi di Taman Botani Negara Shah Alam dan Taman Botani Putrajaya.