PROGRAM KELESTARIAN ALAM MAKMAL ICRIM, ALAF-UKM BERSAMA TNC HEPI & UKM BIKERS DI PUSAT PENYELIDIKAN EKOSISTEM MARIN (EKOMAR), MERSING
Program kelestarian alam di Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Mersing Johor bersama TNC HEPI, UKM dan UKM Bikers telah diadakan pada 13 Oktober 2023 (Jumaat). Program ini adalah bersempena “International Coastal Cleanup Day” atau Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa yang dijalankan pada bulan September setiap tahun. Makmal i-CRIM telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program kelestarian pada 13 dan 14 Oktober 2023 di Pantai Tanjung Resang dan beberapa pulau di sekitar Mersing.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), Profesor Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, pihak pengurusan serta warga ALAF-UKM bersama-sama UKM Bikers telah terlibat dalam mengutip sampah plastik, barangan terbuang dan bahan pencemar lain di sekitar Pantai Tanjung Resang, Mersing berhampiran dengan EKOMAR. Pada akhir program ini, sebanyak 345kg jumlah berat sampah telah berjaya dikumpulkan.
Pembersihan pantai secara berterusan dengan melibatkan komuniti secara aktif boleh menjadikan pantai lebih bersih dan selamat, melindungi kehidupan laut serta menjaga kelestarian alam untuk generasi akan datang. Ini sekaligus menepati hasrat Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) 14 iaitu meningkatkan kelestarian kehidupan dalam air menerusi program pembersihan pantai.