AKTIVITI SDG ALAF-UKM PPL

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI ALAF-UKM BERSAMA TNC HEPI, UKM BIKERS DAN KOPERASI KG KILIM, LANGKAWI

Pada 27 Januari 2024 (Sabtu), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menjalankan Program Pembersihan Pantai dan Jelajah Kilim Karst Geoforest Park bersama UKM Bikers dan Koperasi Kg. Kilim. Program diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi, Profesor Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani dan Pengarah CRIM, Prof. Ts. Dr. Muhammad Rahimi Yusop, telah dimulai dengan taklimat program dari pihak Koperasi Kg. Kilim.

Setelah itu, semua peserta dibawa melawat ke Geopark Discovery Centre yang dikendalikan oleh pemandu berpengetahuan. Seusai lawatan, semua peserta yang terdiri daripada TNC HEPI-UKM, Pengarah CRIM, Pengurusan ALAF-UKM, warga PPL, UKM Bikers dan juga pihak Koperasi Kilim telah menaiki bot untuk program pembersihan pantai dengan mengutip sampah plastik, barangan terbuang dan bahan pencemar lain di sekitar pantai Pulau Pasir Panjang.

Pembersihan pantai secara berterusan dengan melibatkan komuniti setempat secara aktif boleh menjadikan pantai lebih bersih dan selamat, melindungi ekosistem laut serta menjaga kelestarian alam untuk generasi akan datang. Ini sekaligus menepati hasrat Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) 14 iaitu meningkatkan kelestarian kehidupan dalam air menerusi program pembersihan pantai.