3 Mei 2024 | Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah menyantuni kunjungan pelawat daripada Unit X-Ray & Thermal, Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi tujuan lawatan penanda aras serta perkongsian ilmu.
Lawatan yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang ini telah dipenuhi dengan aktiviti penerangan oleh kakitangan Makmal i-CRIM berkenaan instrumen berteknologi tinggi dan demo pengendalian serta pengoperasian instrumen turut dijalankan. Turut hadir sama di dalam sesi lawatan ini adalah Ketua Makmal i-CRIM, Prof. Madya Ts. Dr Wan Nor Roslam Wan Isahak.