14 Jun setiap tahun merupakan tarikh yang telah diwartakan sebagai hari bagi mengiktiraf dan memperingati para penderma darah di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Tema pada tahun ini ‘Terima Kasih Penderma Darah’ diangkat sebagai tema yang mengiktiraf para penderma darah yang berkorban menderma secara sukarela tanpa mengharap balasan demi memastikan bekalan darah negara khususnya di Pusat Darah Negara mencukupi bagi menampung keperluan kesihatan rakyat Malaysia.
Setiap titisan darah yang didermakan boleh menjadi penyelamat kepada individu yang memerlukannya dalam situasi kecemasan, rawatan dan pembedahan. Ini membantu para penerima darah untuk berjuang bagi memastikan kesihatan diri yang lebih baik.
ALAF-UKM mengucapkan terima kasih kepada anda semua di atas sumbang bakti yang amat berharga ini. Selamat Menyambut Hari Derma Darah Sedunia. Terima kasih penderma darah.