AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2024

Tanggal 5 Oktober setiap tahun telah diwartakan sebagai hari Sambutan Hari Akademia Kebangsaan. Sambutan pada tahun ini membawa tema “𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗮 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗜: 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶”. Tema ini dilihat merangkumi usaha untuk memperkasakan bidang pendidikan dan penyelidikan melalui penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI), selaras dengan aspirasi negara bagi membina masyarakat madani yang berinovasi serta berdaya saing.
Dengan kemajuan teknologi ini, UKM khususnya berupaya menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi yang bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan ilmu tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli akademia yang telah mendidik anak bangsa di universiti watan ini. Pengorbanan anda semua adalah amat dihargai dalam membina kecemerlangan anak bangsa.