22 April telah diwartakan sebagai tarikh Sambutan Hari Bumi di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam ke arah pemeliharaan bumi serta pemuliharaan alam sekitar. Hari Bumi juga merupakan sambutan yang disambut oleh 192 negara dengan tujuan yang sama bagi meningkatkan kesedaran penduduk bumi mengenai isu-isu alam sekitar yang dihadapi oleh bumi melibatkan isu perubahan iklim, bencana, pencemaran dan kehilangan kepelbagaian biologi.
Sambutan yang bertemakan ‘Planet vs Plastik’ ini adalah menuntut tindakan dan perubahan oleh semua pihak di dalam menjaga kelestarian bumi kita. Amalan kitar semula, cegah penggunaan beg plastik, gotong-royong, pengurusan sisa yang baik dan pemeliharaan sumber adalah merupakan langkah-langkah dan tindakan mudah yang boleh memberi impak jangka masa panjang di dalam melestarikan bumi demi kelangsungan generasi masa hadapan.