Sambutan Hari Kayu Sedunia yang juga dikenali sebagai “𝘞𝘰𝘳𝘭𝘥𝘞𝘰𝘰𝘥𝘋𝘢𝘺“, adalah acara yang diraikan pada 21 Mac setiap tahun iaitu pada hari yang sama dengan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan kegunaan kayu sebagai biomaterial mesra alam serta boleh diperbaharui.
Kayu adalah sumber daya alam yang penting dengan pelbagai kegunaan yang meliputi pembinaan, perabot, alat muzik, seni ukiran, dan banyak lagi. Pada Hari Kayu Sedunia, kita diingatkan untuk menghargai hutan sebagai sumber kayu yang memberikan manfaat kepada kehidupan manusia dan ekosistem secara keseluruhan.
Mari kita bersama-sama memperingati Hari Kayu Sedunia dengan menghargai keberadaan kayu sebagai salah satu sumber daya alam yang paling berharga dan penting bagi kehidupan manusia serta bumi kita.