Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67, rakyat Malaysia hari ini meraikan satu lagi detik bersejarah dalam lembaran kemerdekaan negara tercinta.
UKM, sebagai sebuah universiti kebangsaan yang menjadi kebanggaan negara, sentiasa berusaha untuk memupuk semangat patriotik di kalangan warga kampus. Semangat ini tidak hanya tercermin dalam aspek pendidikan dan penyelidikan, tetapi juga dalam usaha dalam memelihara dan mempromosikan budaya, bahasa, serta warisan negara yang kita cintai.
Marilah kita bersama-sama menyalakan obor semangat patriotisme dan kebangsaan, menghargai jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah berkorban memastikan kebebasan serta kemakmuran yang kita nikmati hari ini.