BERITA SDG 3 SDG 4

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN SEDUNIA 2024

Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada setiap 7 April adalah merupakan hari yang penting buat semua untuk merenung nilai dan kepentingan kesihatan di dalam kehidupan. Sambutan yang bertemakan “𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗮𝘆𝗮, 𝗛𝗮𝗸 𝗦𝗮𝘆𝗮” pada tahun ini menggariskan kepentingan hak setiap individu untuk mendapat akses dan keperluan kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, setara, dan bersesuaian selain menfokuskan untuk memupuk gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian masyarakat.

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia juga adalah satu titik tolak bagi kita semua untuk terlibat dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kesihatan diri dan kesihatan masyarakat secara keseluruhannya.

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤. 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚