Organisasi yang cemerlang terhasil daripada pekerja yang cemerlang. Tanpa pekerja cemerlang yang memberikan komitmen tinggi di dalam pekerjaan mereka, kesukaran bakal dihadapi bagi sesebuah organisasi untuk memajukan tahap perkhidmatan. Ini jelas menunjukkan pekerja adalah tiang dalam asas kemajuan sosial dan ekonomi setiap organisasi.