AKTIVITI SDG ALAF-UKM BERITA

SESI LIBAT URUS NRES BERSAMA UNIVERSTITI DAN INSTITUSI PENYELIDIKAN

Sesi Libat Urus bersama dengan Universiti dan Institusi Penyelidikan dalam negara telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertempat di Bangunan NRES, Putrajaya pada 17 Julai yang lalu. Sesi ini dipengerusikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad bertujuan merealisasikan salah satu agenda utama negara untuk menubuhkan Pusat Biodiversiti Malaysia (Malaysia Biodiversity Centre – MBC). Turut hadir pada sesi ini Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin mewakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM.
 
Pusat Biodiversiti Malaysia (MBC) merupakan sebuah pusat kecemerlangan (centre of excellence) bagi mengukuhkan penyelidikan saintifik, pengurusan koleksi saintifik, pembangunan standard biodiversiti dan interfasa sains dan polisi biodiversiti di peringkat kebangsaan. Semoga dengan penubuhan MBC ini, membantu ALAF-UKM dalam memastikan kelestarian hidupan liar dan sumber semula jadi di Makmal Alami UKM terjaga di samping meningkatkan pemahaman yang lebih baik tentang kepelbagaian biodiversiti negara kepada masyarakat tempatan serta warga UKM.