Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Seri Zurina Abd Kayum, Pegawai Sains Makmal i-CRIM, serta pasukan Unit Morfologi Makmal i-CRIM atas kejayaan cemerlang merangkul ‘Best Micrograph Award’ bagi kategori imej FESEM dalam Pertandingan Imej Mikro Terbaik sempena 32nd Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia (SCMSM2024).
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan kepakaran dan komitmen luar biasa warga Makmal i-CRIM dalam bidang pencirian morfologi, khususnya melalui penggunaan teknologi FESEM (Field Emission Scanning Electron Microscope).
Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.