Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, ALAF-UKM atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Fokal Integriti (PFI), berkuatkuasa mulai November 2024 sehingga Oktober 2026.
Pelantikan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan dan integriti beliau dalam memastikan budaya kerja yang telus serta beretika di dalam tugasan seharian. Semoga dengan pelantikan ini akan menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan dan integriti ALAF-UKM secara keseluruhannya.