Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga ALAF-UKM yang telah berjaya mengharumkan nama Gugusan Sains dalam Kejohanan Sukan Staf UKM (SSUKM) 2024 yang telah diadakan bermula 20 Jun hingga 11 Julai yang lepas melibatkan 29 acara telah dipertandingkan.
ALAF-UKM tidak terkecuali terlibat di dalam kejohanan ini di mana 8 orang warga ALAF-UKM telah dipilih mewakili Gugusan Sains di dalam beberapa acara dan telah berjaya merangkul beberapa pingat di dalam kejohanan ini. Semangat juang yang luar biasa dan dedikasi yang tinggi dalam setiap acara yang disertai oleh atlet ALAF-UKM telah membuahkan hasil yang amat cemerlang serta membanggakan.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, dorongan dan semangat kepada atlet ALAF-UKM khususnya Gugusan Sains sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga kejayaan para atlet ALAF-UKM ini menjadi pembakar semangat kepada kita semua untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Syabas dan tahniah diucapkan!