Alhamdulillah, ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kakitangan Makmal i-CRIM, ALAF-UKM di atas penganugerahan gelaran Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam bidang Teknologi Kimia (CM), Teknologi Sains Bahan (MT) serta Teknologi Elektrik & Elektronik (EE) oleh Lembaga Teknologis Malaysia atau MBOT.
Semoga dengan pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja ALAF-UKM untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, seterusnya memperkasa bidang penyelidikan yang berimpak tinggi di ALAF-UKM dan membantu kegemilangan UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka di peringkat antarabangsa yang terus meningkat dari semasa ke semasa. Tahniah dan syabas diucapkan!