BERITA SDG 4

TAHNIAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA!

Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana mencapai kecemerlangan dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2024. UKM berjaya melonjakkan kedudukannya 201-300 universiti terbaik dunia meningkat dua sela berbanding kedudukan 401-600 pada tahun 2023.
Penarafan THE Impact Rankings ini adalah membabitkan penilaian pencapaian universiti global terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Enam daripada 17 SDG yang disertai oleh UKM berada dalam kelompok 100 terbaik dunia iaitu SDG3 (#27), SDG6 (#46), SDG12 (#55), SDG7 (#62), SDG14 (#77) dan SDG1 (#97). 8 SDG berada pada kedudukan 101-200, 2 SDG pada kedudukan 201-300 sementara 1 SDG pada kedudukan 401-600.
Pencapaian UKM dalam pengiktirafan antarabangsa adalah hasil komitmen dan kesungguhan yang tinggi warga UKM dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan lestari dalam kampus serta sokongan berterusan semua lapisan warga kampus dalam mengadaptasikan budaya kecemerlangan, kemampanan dan integriti di UKM.
Tahniah UKM!

Georintis Kubang Badak


Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL
Teroka Bakau
Snorkeling

Eksplorasi Hutan


Aktiviti:
Meneroka Rintis Denai Hutan Tasik Chini.
Khidmat jurupandu berpengalaman dengan pence dan interpretasi flora dan fauna.

Kelestarian Ternakan Ketam Nipah


Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL
Menangkul Ketam

Warisan Nelayan Tradisi


Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL
Mengail Ikan Menggunakan Kampoi
Menggunakan Sampan Nelayan

PAKEJ 4: WARISAN EKOSISTEM BAKAU (2H1M) Lihat Harga

Warisan Ekosistem Bakau


Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL
Teroka Bakau
Snorkeling
Menangkul Ketam

Budaya Orang Asli & Eksplorasi Hutan


Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini (kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang RIntis Kempas, Tempinis dan Petaling.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Warisan Alam dan Tradisi


Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL
Menangkul Ketam
Mengail Ikan Menggunakan Kampoi
Menggunakan Sampan Nelayan

PAKEJ 5: EKSPLORASI HUTAN & TASIK CHINI (2H1M)  Lihat Harga

Eksplorasi Hutan & Tasik Chini


Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Petaling.
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Budaya Orang Asli


Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini (kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: EKSPLORASI HUTAN & TASIK CHINI (2H1M)  Lihat Harga

Rizab Biosfera Tasik Chini 360


Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini (kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Menyelusuri Tasik Chini dengan bot.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Petaling.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

PAKEJ 5: EKOSISTEM MARIN 3600 (3H2M) Lihat Harga

Ekosistem Marin 360


Aktiviti:
Alami pengalaman berkhemah di hadapan pantai di Mersing.
Menikmati pemandangan malam yang indah di pantai Tg. Resang.
Menghayati keindahan alam marin yang disediakan di EKOMAR.
Mempelajari dan menghayati kehidupan nelayan tradisi.
Khidmat jurupandu dan fasilitator.
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan.

Eksplorasi Tasik Chini


Aktiviti:
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Khidmat jurupandu berpengalaman dengan penceritaan dan interpretasi ekologi tasik air tawar dan ekosistem tanah bencah.

PAKEJ 2: EKSPLORASI  EKOLOGI HUTAN (3 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Ekologi Hutan


Aktiviti:
Kenali struktur, fungsi dan tumbuhan hutan.
Alatan lapangan dan modul.
Makanan ringan disediakan.
Khidmat jurupandu dalam pengecaman dan demonstrasi.

PAKEJ 1: EKSPLORASI ETNOBOTANI (3 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Etnobotani


Aktiviti:
Denai etnobotani.
Kenali tumbuhan ubatan, buah-buahan hutan dan makanan.
Jurupandu berpengalaman.
Buku panduan ringkas.
Makanan ringan disediakan.

Eksplorasi Serangga Siang Dan Malam


Aktiviti:
Kenali serangga tanah tinggi.
Alatan lapangan dan buku panduan.
Makanan ringan disediakan.
Khidmat jurupandu dalam pengecaman dan demonstrasi.

Program Saintis Cilik


Aktiviti:
Meneroka flora dan fauna Bukit Fraser.
Nikmati keindahan Air Terjun Jeriau.
Perkhemahan.
Buku panduan dan alat tulis.
Makanan disediakan.
Khidmat jurupandu dalam pengecaman dan demonstrasi.

Alami Bukit Fraser


Aktiviti:
Kenali flora dan fauna, tumbuhan etnobotani, ekologi hutan, menyusuri sungai dan air terjun.
Perkhemahan.
Alatan tulis dan buku panduan.
Makanan disediakan.
Khidmat jurupandu dalam pengecaman dan demonstrasi.

PAKEJ 1: EKSPLORASI DATARAN PASANG SURUT PULAU MAWAR (4 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Dataran Pasang Surut Pulau Mawar


Aktiviti:
Meneroka dataran pasang-surut Pulau Mawar seluas hampir 1 km persegi, hutan bakau pantai serta pentas hakisan dan tunggul laut yang unik.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu dan fasilitator.

PAKEJ 4: EKSPLORASI ALAM MARIN (1 HARI) Lihat Harga

Eksplorasi Alam Marin


Aktiviti:
Menikmati keindahan alam marin dengan aktiviti snorkel di pulau-pulau berhampiran.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu dan fasilitator.
Makanan ringan disediakan.

Eksplorasi Malam Pantai Tg. Resang


Aktiviti:
Meneroka keindahan pantai malam bersama hidupan nokturnal sambil menghayati peranan bulan dan bintang.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu dan fasilitator.

PAKEJ 3: KEHIDUPAN NELAYAN TRADISI (1 HARI) Lihat Harga

Kehidupan Nelayan Tradisi


Aktiviti:
Menghayati kehidupan nelayan tradisi termasuk akitiviti memukat, menjala dan menangkap hasil laut.
Mempelajari cara tradisi pembuatan keropok lekor dan sata.
Alatan tulis dan buku panduan.