UKM mencatatkan peningkatan markah yang baik dan mengekalkan kedudukan pertama bagi Tonggak Pengajaran di Malaysia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 yang diumumkan pada 9 Oktober 2024.
UKM juga kini berada pada kedudukan kedua antara Universiti Awam di Malaysia dan kedudukan ketiga dalam kalangan semua universiti di Malaysia.
Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan UKM, hasil dedikasi dan komitmen seluruh warga UKM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti.
Tahniah UKM Universiti Watan Kita!